Friday, 6 May 2011

SELAMAT HARI IBU 2011



Mutakhir ini banyak divisualkan pengambaran “Si Tanggang Moden” atau “Si Tanggang Alaf 21”. Manakala pengorbanan dan kasih sejati kedua ibu bapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak hampir dilupakan. Malah terdapat anak-anak yang masih menagih khidmat bakti ibu untuk menjaga cucu dengan kudrat tua dengan pelbagai alasan sedangkan ibu itulah yang telah bersusah payah mengasuh mereka sejak kecil.

Justeru, sayangi dan berbaktilah kepada ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa sempurnakan tanggungjawab sebaik mungkin agar tidak menjadi manusia malang yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sebagaimana sabdanya daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud : “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang berkesempatan hidup bersama kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (kerana gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)

Khutbah pada 6 Mei 2011/ 2 Jamadilawal 1432H bertajuk Air Mata Ibu mengajak kita sama-sama mendapatkan keredhaan Allah dengan mendapat keredhaan ibubapa sebagaimana sabda Rasulullah saw daripada Abdillah bin Amru ra yang bermaksud: Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”.(Riwayat al-Baihaqi).

***

Justeru itu,bersempena sambutan Hari Ibu  pada 8 Mei setiap tahun,IS menjemput rakan-rakan blogger utk.menyertai peraduan mereka cipta puisi buat IBUKU..syarat penyertaan seperti tertera di bawah:-

PERADUAN PENULISAN  PUISI SEMPENA HARI IBU
TEMA: IBUKU,KEBANGGAAN SEMUA. Peserta bebas mencerna maksud tema tersebut
  1. Penyertaan terbuka kepada rakan-rakan blogger yang menjadi follower, dan tinggalkan pesanan.
  2. Panjang puisi mestilah antara 25 hingga 40 baris.
  3. Peserta dikehendaki mengirim sekurang-kurangnya sebuah puisi dan tidak melebihi dua buah puisi.
  4. Peserta dilarang sama sekali menulis nama pada teks puisi.
  5. Puisi mestilah asli, bukan karya terjemahan, saduran atau apa sahaja yang membawa maksud karya tersebut bukan karya asli serta tidak pernah tersiar dalam mana-mana media sama ada di media cetak atau media elektronik.
  6. Segala kos yang terlibat untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta.
  7. Puisi hendaklah ditaip dalam jarak langkau 1.0, menggunakan huruf Times New Roman atau Garamond bersaiz 12.
  8. Puisi yang ditulis boleh dihantar melalui e-mel ke anyati0907@yahoo.com.Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 22 MEI 2011.
  9. Setiap karya puisi yang dihantar tidak akan dikembalikan dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan puisi tersebut .
  10. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan jika melanggar terma dan syarat.
  11. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  12. Pemenang akan diumumkan secara rasmi pada bulan Jun 2011.Hadiah pemenang berupa cenderamata istimewa dari koleksi Intan Suri.
pertama:sebotol VeMMA berharga RM172.00
kedua :koleksi minyak wangi Auralife
       ketiga:koleksi deko IS
       ke4:koleksi deko IS
       ke5:koleksi batu batan garam bukit

Penyertaan adalah PERCUMA. Setiap penyertaan hendaklah mengisi borang maklumat lengkap mengenai butiran peserta sebagaimana berikut:-SEPERTI di sini 

1 comments:

  1. selamat hari ibu...

    tak pandai nak berpuisi ni.. gud luck utk semua

    ReplyDelete