SELAMAT HARI GURU.. Kerana Didikanmu
![]() |
| photo hiasan |
Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
Dari ayat di atas jelas menerangkan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Rasulullah saw turut menjelaskan kewajipan menuntut ilmu ke atas setiap muslim sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan (wajib) ke atas setiap muslim” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). Namun dalam usaha mendapat ilmu tersebut peranan yang tidak dapat dinafikan adalah peranan pendidik atau guru. Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Mereka juga bertanggungjawab mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan baik di dunia mahupun akhirat. Justeru kita wajar mengenang dan menghormati jasa baik guru kerana kebiasaannya kehebatan seseorang insan lahir daripada kehebatan orang yang mendidiknya.
Bersempena dengan hari guru,pada hari ini 16 Mei 2011,marilah sama2 kita berdoa moga2 ilmu yang dicurahkan diredhai Allah dan jasa serta penat lelah pengorbanan yang ditaburkan oleh guru2 kita mendapat keberkatan dari Nya.
SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURUKU DAN JUGA GURU-GURU SELURUH NEGARA. Ilmu yang berguna melahirkan insan yang berilmu dan beramal.

Assalamualaikum....
ReplyDeleteKEPADA INSAN2 BERGELAR GURU..JASA MU GURU TIADA TOLAK BANDINGNYA..TERIMA KASIH DI ATAS CURAHAN ILMU KEPADA SEMUA PELAJAR2 MU.
SELAMAT HARI GURU.
Hi, I have been visiting your blog. ¡Congratulations for your work! I invite you to visit my blog about literature, philosophy and films:
ReplyDeletehttp://alvarogomezcastro.over-blog.es
Greetings from Santa Marta, Colombia
berguru alang diajar kan.. huhhu
ReplyDeleteselamat hari guru!